中文版 | English Version

Operasi resort-resort dan perkhidmatan pengangkutan semua berhenti dari bulan November hingga Februari kerana waktu ini Redang tengah mengalami musim monsun. Kalau anda ingin bercuti di Redang pada waktu ini, anda perlu fikirkan cara untuk pergi ke pulau tersebut, sama ada berenang atau berkayak ke sana, ataupun bayar sejumlah duit yang besar untuk mendapatkan botman yang sudi membawa anda ke Pulau Redang. Walau bagaimanapun, penerbangan Berjaya Air masih beroperasi ketika waktu ini. Resort-resort tertentu dah mula beroperasi pada akhir bulan Februari tetapi kebanyakan resort hanya akan buka pada bulan Mac. Anda boleh pilih untuk pergi ke Redang pada bulan Mac atau Oktober kerana Redang pada kedua-dua bulan ini tidak mempunyai banyak pelawat. Ini kerana kedua-dua bulan ini berhampiran dengan permulaan atau penamatan musim monsun. Musim puncak adalah dari bulan Mei hingga Ogos, terutamanya semasa cuti sekolah pada bulan Jun. Resort-resort akan tutup pada pertengahan/akhr bulan Oktober.

Spesies yang anda boleh temui di Redang bergantung pada masa anda melawat ke Redang. Melawat ke Redang pada bulan Mei hingga Ogos kalau anda ingin bertemu dengan penyu hijau. Bulan Jun pula ialah bulan di mana Redang dibanjiri dengan jumlah pelancong yang besar, terutamanya di Taman Laut.

Cara tersenang untuk pergi ke Redang ialah untuk mengupah seorang ejen pelancongan atau menghubungi resort untuk merancang percutian anda. Walau bagaimanapun, jika anda bercadang untuk merancang percutian Redang sendiri, anda boleh jimatkan masa dan tenaga dengan menempah pakej pelancongan menerusi mana-mana resort di Redang atau syarikat pelancongan. Pakej ini biasanya termasuk pengangkutan, makanan dan penginapan sekali dengan sesi snorkeling atau menyelam. Walaupun pakej 3 hari 2 malam sangat popular bagi percutian ketika hujung minggu yang panjang, namun kami akan cadangkan supaya anda mendapat pakej yang sekurang-kurangnya 4 hari 3 malam. Ini adalah kerana tempoh ini akan memberikan anda masa yang mencukupi untuk benar-benar menikmati percutian anda di Redang, terutamanya jika anda datang dari tempat yang jauh. Ingatlah untuk membuat tempahan lebih awal terutamanya jika anda bercadang untuk bercuti semasa hujung minggu dan musim cuti.

Tetamu yang hanya ingin mencari tempat penginapan setelah tiba di Redang perlu tahu bahawa pantai-pantai di Redang tidak dihubungkan dengan teksi air mahupun jalan raya. Oleh itu, ia mungkin akan agak susah dan mahal untuk mendapat pengangkutan sendiri ataupun untuk pergi dari pantai ke pantai. .

Bulan Mac dan Oktober ialah waktu yang sesuai untuk mengunjungi Redang jika anda suka pelayaran yang lebih mencabar kerana kedua-dua bulan ini berdekatan dengan musim monsun.

Anda boleh memutuskan masa pelancongan anda berdasarkan carta cuti ini. Surcaj ekstra akan dikenakan oleh kebanyakan resort semasa musim puncak, terutamanya ketika hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah. Kadar yang lebih rendah pula akan ditawarkan ketika waktu yang lain. Anda boleh menempah pakej pelancongan yang anda sukai dengan ejen pelancongan ataupun menempah dengan resort secara langsung. Resort-resort tertentu menawarkan perkhidmatan tempahan pakej secara dalam talian melalui laman web mereka. Selain itu, pakej pelancongan yang ditawarkan oleh ejen-ejen pelancongan tertentu merangkumi pemindahan ke Kuala Terengganu atau Jeti Merang melalui pengangkutan darat ataupun udara.

Banyak pelancong akan bercuti di Redang semasa cuti-cuti ini, terutamanya ketika hujung minggu panjang dan cuti sekolah pada bulan Jun. Oleh itu, tempahlah pakej lebih awal jika anda bercadang untuk ke Redang pada waktu-waktu ini.


Resort Redang Popular

[columns] [span3]

Redang Beach Resort

[/span3][span3]

Redang Laguna Resort

Laguna Redang Island Resort

[/span3][span3]

Coral Redang Island Resort

[/span3][span3]

Redang Holiday Beach Villa

[/span3][/columns]

One Response

Comments are closed.