Perjalanan dengan bas dari Singapura ke Kuala Terengganu | |||
Syarikat Bas | Dari | Ke | Waktu Berlepas |
Coach Centre | Textile Center | MBKT | 10.30pm |
Konsortium | Golden Mile Tower | Merang Jetty | 9.30pm |
Maju Express | Textile Center | MBKT | 10.30pm |
Perjalanan dengan bas dari Kuala Terengganu ke Singapura | |||
Syarikat Bas | Dari | Ke | Waktu Berlepas |
Transnasional | MBKT | The Plaza @ Beach Road | 9.30am |
Transnasional | MBKT | The Plaza @ Beach Road | 9.30pm |
Coach Centre | MBKT | Textile Centre | 2.00pm |
Konsortium | Merang Jetty | Golden Mile Tower | 10.00am |
Note:
Panduan perjalanan ini hanyalah panduan umum untuk rujukan pelancong yang merancang perjalanan antara Singapura dan Kuala Terengganu. Syarikat-syarikat bas berhak untuk mengubah laluan serta waktu berlepas perjalanan tanpa notis terlebih dahulu. Pelancong diminta untuk semak jadual perjalanan terlebih dahulu.
Tips:
- Pelancong diminta menaiki bas semalaman dari Singapura supaya sempat tiba di Terminal Bas Kuala Terengganu sebelum 7.30am untuk menaiki feri pertama yang berlepas dari Jeti Shahbandar atau Jeti Merang ke Pulau Redang.
- Untuk perjalanan balik dari Kuala Terengganu ke Singapura, sila naik bas yang bertolak selepas 9.30am (untuk feri yang berlepas dari Redang ke Jeti Shahbandar pada 7.30am) atau 1.00pm (untuk feri yang berlepas dari Redang ke Jeti Shahbandar pada 11.00am atau feri yang berlepas dari Redang ke Jeti Merang pada 10.30am).
- Pelancong diminta mengambil perhatian bahawa feri yang berlepas dari Pulau Redang mungkin akan ditunggahkan ketika cuaca buruk atau disebabkan oleh keadaan ombak. Oleh itu, pelancong adalah diminta supaya memperuntukkan 3 jam dari waktu berlepas feri dari Redang ke waktu berlepas bas dari Kuala Terengganu.
- Untuk jadual feri dan anggaran tempoh pemindahan, sila lihat panduan masuk ke Redang.
- Tempoh perjalanan dengan bas antara Singapura dan Kuala Terengganu ialah 11 jam.
- Kebanyakan bas yang berlepas dari Singapura ke Kuala Terengganu menggunakan laluan yang sama dengan perjalanan Johor-Kuala Terengganu. Oleh itu, pelancong yang menghadapi masalah untuk membeli tiket dari Singapura boleh cuba untuk membeli tiket bas di Terminal Larkin, Johor. Ataupun, pelancong boleh menaiki bas dari Singapura ke Kota Bharu kemudian turun di Kuala Terengganu.
Tempahan tiket bas secara dalam talian: